Ahad 11 Oktober 2009Mengkuang Dam Trail, Bukit Mertajam...Jentera 2x2 dah setting siap...
Rider No 415 Eimiza Qamal Bin Azmi ride Cannondale F5..
Jentera rakan-rakan berehat sebelum cabaran..
Segala persediaan mental dan fizikal telah dilakukan.. latihan demi latihan telah dilakukan.. kini tiba masa aku menguji keupayaan aku dan jentera aku nie dalam cabaran pertama aku dalam dunia mtb nie....
target aku tidaklah tinggi.. habiskan trail.. aku akan lakukan yang terbaik.. aku yakin aku boleh melakukan..
Cabaran bermula jam 8.00 pagi.. setelah pelbagai cabaran aku tempuhi.. pelbagai pengalaman aku lalui.. climbing, downhill, tolak basikal.. trail ini memang benar benar mencabar mental, fizikal serta jentera aku...
dan akhirnya...
berbekalkan keazaman dan semangat yakin boleh.. aku tiba di garisan penamatpada 11.50 pagi..
alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan trail ini.. kesemua 5 check point aku lalui..
Rank 210 dari 1000 rider..
Jentera Cannondale ku memang tak menghampakan...
Top Rider di BM.. yellow jersey..
Catatan meter kayuhan di BM MTB Carnival 2009
masa kayuhan : 3jam 50 min
Jarak : 52.1 km
Purata kelajuan : 12.5 km/j
Kelajuan maksima : 41.8 km/j
secara keseluruhan aku berjaya menempuh cabaran pertama aku dalam dunia mountain bike nie.. dan aku percaya aku boleh melakukan..
terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ilmu, inspirasi dan dorongan pada aku.. kerana rakan-rakan aku berjaya...
setakat ini juga aku berjaya menurunkan berat badan aku 16kg.. saiz seluar pun dah 32'.. kepada rakan-rakan yang berhasrat nak berkayuh tue.. jangan fikir panjang.. memang berbaloi..
hanya satu perkataan yang aku boleh katakan... KEPUASAN............
next ride...Tarikh : Ahad 25 Oktober 2009
Tempat : Penang
Round island rides-Flag off: 7.00am, present at: 6.00am
(Difficulty: Moderate to Challenging & open for 500 riders)
80 km from Town Hall Esplanade proceed to Lebuhraya Jelutong passing through Bayan Lepas then Balik Pulau follow by heading to Teluk Bahang then Batu Ferringhi and back
Fee : RM50.00
Link -
http://www.pbb.com.my/T-shirt
Finisher jersey (below than 5hour ride)
target nak japat jersey yang cun tue... hehe
*kepada rakan rakan yang berkayuh ke Hatyai.. selamat pergi dan pulang.. jangan nakal-nakal ye.. hehe... jumpa di penang nanti..
tapi aku kecewa sikit tak dapat ride di Kayuh Lasak Penang.. kepada rakan-rakan kayuhan yang dah register tapi berhasrat tak pegi.. boleh la jual registration kat aku..
PERKHEMAHAN 1MALAYSIA Peringkat Daerah Kinta Utara 200912-15 Oktober 2009Pusat Kokurikulum PPD Kinta Utarahabis balik dari BM aku bergerak untuk bertugas sebagai urusetia.. seramai lebih kurang 300 pelajar sekolah rendah pelbagai kaum menyertai.. termasuk 4 orang anak murid aku..
perkhemahan ini adalah berkonsepkan perpaduan dimana pelbagai aktiviti berteraskan budaya kaum-kaum di Malaysia ini..
Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan PPD Kinta Utara En. Ahamad Shaker bin Lazim